Friday, May 3, 2013

Drill bermain bola baling



BOLA BALING SEKOLAH RENDAH


http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2011/1314146295.pdf

SUKAN DAN IBADAH


SUKAN DAN IBADAH



Kesyumulan Islam ini terbukti melalui pensyariatan tentang urusan ibadah, politik, ekonomi, kekeluargaan, undang-undang, sukan dan banyak lagi. Hikmahnya adalah supaya kehidupan yang dilalui adalah selari dan tidak menyimpang dari tujuan asal penciptaan manusia itu sendiri iaitu beribadah kepada Allah SWT. Seperti yang termaktub dalam Al-Quran ;
Islam adalah satu nikmat yg telah Allah SWT kurniakan kepada hamba yg disayangiNya, disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s lebih 1400 tahun yang lalu. Islam itu sifatnya syumul, yakni mencakupi seluruh genap kehidupan mahklukNya dalam pelayaran di dunia yang sementara menujuNya. Melalui kalamNya, Al-Quran yang mulia Allah menerangkan setiap inci bagaimana kehidupan ini perlu dilayari yang akhirnya memberikan pulangan syurga dan nikmat kebahagiaan ketika pertemuan denganNya.
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”
(Az-Dzariyat : 56)
Bagi memenuhi tuntutan utama penciptaan manusia itu sendiri, maka pelbagai nikmat telah Allah kurniakan bagi memudahkan manusia ini melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Antara nikmat tersebut adalah kesihatan. Kesihatan adalah salah satu nikmat utama yang diamanahkan kepada setiap manusia. Menjadi tanggungjawab setiap manusia itu untuk menjaga amanah ini dan memeliharanya sebaik mungkin. Kesihatan yang baik akan membuahkan kualiti ibadah dan kehidupan yang lebih baik. Seperti dalam pesanan Wahab al-Munabbih, seorang Tabi’in yang hebat, :
Puncak kebahagiaan ada tiga, pertama ialah nikmat Islam, kedua nikmat kesihatan dan ketiga nikmat kekayaan.”
Sebagai contoh, seseorang yang terlantar sakit akan mempunyai pelbagai halangan dan kesusahan dalam mendirikan solat atau menunaikan ibadah-ibadah utama yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti ibadah seseorang itu.
Di dalam Al-Quran surah al-Maarij ayat 34 dan 35, Allah SWT berfirman, “Dan orang-orang yang memelihara solatnya,mereka itu kekal di dalam syurga”
Allah SWT menegaskan kepentingan untuk hambaNya yang beriman dan mengimpikan syurga untuk berusaha memelihara solat mereka. Justeru itu, nikmat kesihatan yang di amanahkan haruslah di jaga sebaiknya dan disyukuri demi memperolehi nikmat kemanisan dalam beribadah kepada Allah SWT.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk memelihara nikmat kesihatan ini?
Berikut adalah antara cara yang dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW;
  • Bangun awal sebelum subuh
  • Aktif dalam menjaga kebersihan diri dan pakaian
  • Tidak pernah makan berlebihan
  • Gemar berjalan kaki
  • Tidak pemarah
  • Optimis dan tidak berputus asa
  • Tidak iri hati
  • Pemaaf
Imam As-Syafie juga ada menyatakan cara-cara menjaga kesihatan;
Empat perkara menguatkan badan1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Selain itu juga, bersukan merupakan salah satu cara yang efektif dalam usaha memelihara kesihatan tubuh badan. Seperti yang sedia maklum, bersukan membantu pengaliran darah menjadi lebih lancar maka dengan ini dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang membahayakan seperti penyakit jantung, darah tinggi , angin ahmar dan juga menjadikan mental dan fizikal yang cergas. Dengan itu membantu membentuk otak yang cerdas kerana kita memerlukan otak yang cerdas untuk berfikir dan berfungsi dengan lebih baik.
Hal ini sangat penting terutama bagi yang bergelar aktivis dakwah, kerana setiap masa adalah diperuntukkan untuk berfikir mengenai penyelesaian akan perihal ummat. Maka dengan itu, kombinasi kesihatan tubuh badan dan otak yang cerdas akan membantu seorang daei itu cemerlang dalam urusan tarbiyah dan dakwahnya.
Malahan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Allah lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Terdapat juga hadis Rasulullah S.A.W yang menggalakkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Hal ini turut diberi penekanan oleh Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyah al-Aulad sebagai salah satu bentuk pendidikan awal kepada kanak-kanak dari sudut pembinaan kekuatan fizikal. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa Islam juga sangat menitik beratkan pembentukan jasmani yang sihat sejak kecil lagi.
Namun begitu, terdapat adab-adab yang perlu dipatuhi dalam keseronokkan bersukan dan telah digariskan oleh Islam supaya bersukan ini juga boleh menjadi salah satu ibadah kita kepada Allah SWT. Sheikh ‘Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al- Azhar, menghuraikan adab sukan dengan menyatakan yang berikut;
  1. Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
  2. Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
  3. Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar becanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
  4. Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
  5. Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
  6. Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
  7. Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Di dalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.
Kesimpulannya, mukmin yang hebat itu adalah mukmin yang menjaga setiap nikmat yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan berusaha menjaga kualiti ibadahnya. Bersukan terbukti berkesan dalam membantu memperbaiki mutu ibadah seseorang mukmin melalui kepatuhan dengan adab-adab ketika bersukan dan meningkatkan kesihatan diri dalam ketaatan kepada Allah SWT. Oleh itu, bersama-samalah kita berazam menjadi mukmin yang kuat tubuh badannya dan juga kuat dalam beramal

Senaman membina otot


Senaman membina otot

Senaman membina otot termasuk senaman angkat berat sering kita kaitkan dengan sukan bina badan atau angkat berat. Bagi kita membina otot-otot bukanlah sesuatu yang utama, tambahan pula ia memerlukan belanja yang mahal untuk membeli peralatannya ataupun untuk menjadi ahli gimnasium di tempat kita. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan senaman membina otot atau senaman angkat berat seperti ini. Antaranya adalah:

1. Menguatkan otot-otot dan daya ketahanan fizikal











2. Meningkatkan tahap keupayaan dan kebolehan menjalankan aktiviti fizikal yang mencabar














3. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi) dan serangan jantung

4. Mengurangkan risiko sakit pinggang

5. Mencegah osteoporosis

6. Mencegah sarcopenia (kehilangan otot ketika usia meningkat)

6. Mencegah risiko kencing manis

7. Meningkatkan "resting metabolic rate" iaitu kadar tenaga yang diperlukan untuk menjalankan fungsi utama tubuh badan seperti perpeluhan dan kadar degupan jantung semasa berehat.

8. Membakar lemak badan dan mengatasi masalah perut buncit








9. Meningkatkan kesihatan secara psikologi seperti masalah stres, sukar untuk tidur, "mood disorder" dll


Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan latihan:

1. Untuk 4 minggu pertama lakukan 2 latihan sahaja seminggu. Panaskan badan dengan berat sebanyak 50% dari berat badan anda. Latihannya adalah 20 kali squat dan 20 kali bench press

2. Buat latihan 2 hingga 3 kali seminggu dengan tempoh paling lama 30 minit setiap latihan

3. Jarak antara dua latihan mestilah 48 jam atau lebih

4. Ulangkan setiap jenis latihan sebanyak 8-10 kali dan berehat selama 30-45 saat sebelum latihan seterusnya

5. Tambahkan berat untuk latihan seterusnya sebanyak 5% dari berat yang sebelumnya

6. Latihan perlu dibuat dengan tegas dan jitu



Jenis-jenis latihan yang perlu dibuat:
Jenis latihan dan otot yang bekerja:


1. Squat - Peha, Hamstring, Gluteus

2. Stiff leg dead lift - Hamstring, Gluteus, Pinggang

3. Standing calf raise - Betis

4. Bench press atau Incline press - Dada, Bahu, Tricep

5. Shoulder press - Bahu

6. Tricep extension - Tricep

7. Shrug - Bahu, Belakang bahu

8. Bent over row - Belakang, Bicep

9. Arm curl - Bicep, Lengan

10. Crunch - Abdomnal






Jenis-jenis senaman membina otot: 

1. BENCH PRESS
Baring dan turunkan perlahan-lahan barbell sehingga seinci di bawah paras dada. Berhenti seketika dan luruskan lengan anda. Ulang




2. BUTTERFLY
Baring dan paut lengan anda pada bahagian pemaut dan tarik hingga bertemu di tengah. Perlahan-lahan kembali kepada kedudukan asal. Ulang





3. INCLINE BENCH PRESS
Naikkan bahagian belakang.Sambil bersandar, angkat dan turunkan barbell sehingga 3 inci di atas paras dada. Berhenti sebentar ketika barbell di paras dada, kemudian angkat sehingga lengan lurus. Ulang



4. DECLINE BENCH PRESS
Turunkan bahagian baringan di belakang. Angkat dan turunkan barbell sehingga 3 inci di atas paras dada. Berhenti sebentar ketika barbell di atas paras dada. Kemudian angkat barbell sehingga lengan lurus. Ulang




5. DIPS
Genggam bahagian pemegang sambil berlutut di bahagian baringan. Tolak ke bawah sehingga badan ternaik dan lengan lurus. Turunkan badan anda sehingga dada sama paras dengan bahagian pemaut. Ulang


6. SHOULDER PRESS
Sambil duduk di atas bangku, angkat barbell dari bahagian belakang dan angkat hingga ke atas kepala dengan keadaan dada dan bahagian belakang badan tegak. Turunkan ke kedudukan asal dan ulang


7. SHRUGS
Sambil berdiri, pegang barbell seperti dalam gambar. angkat bahu ke atas paras leher sambil belakang badan dan lengan tegak lurus. Berhenti seketika dan kembali kepada kedudukan asal. Ulang


8. UPRIGHT ROW
Pegang barbell dari atas (tapak tangan mengadap ke bawah) dengan bahu tegak. Sambil menegakkan bahagian belakang badan, angkat barbell hingga ke bawah dagu dengan keadaan siku didepakan. Kembali ke kedudukan asal dan ulang.

9. BENT OVER ROW
Bongkokkan badan lebih kurang 45 darjah di bahagian pinggang, Dengan bahu ditegakkan, angkat barbell sehingga ke dada. Berhenti seketika dan kembali ke kedudukan asal. Ulang


10. STIFF LEG DEAD LIFT
Luruskan lutut seberapa boleh, bongkok ke depan dan angkat barbell dalam keadaan bahu yang tegak. Angkat barbell sambil bahu tegak, dan berdiri tegak. Berhenti seketika dan kembali ke kedudukan asal. Ulang

11. TRICEP KICKBACK
Letakkan sebelah kaki dalam keadaan berlutut di atas bangku dan satu kaki lagi berdiri. Sebelah tangan bertongkat di atas bangku dan sebelah tangan lagi memegang dumbell di bawah paras punggung dengan kedudukan bicep dan lengan membentuk sudut tepat (huruf L). Kemudian angkat dumbell ke belakang sehingga lengan menjadi lurus. Kemudian kembali ke kedudukan asal dan ulang.


12. TRICEP EXTENSION
Baring sambil memegang barbell dengan tapak tangan mengadap ke atas seperti dalam gambar. Turunkan barbell dengan perlahan ke bawah paras kepala. Berhenti seketika dan angkat ke kedudukan asal. Ulang



13. ARM CURL
Genggam barbell dengan tapak tangan mengadap ke atas. Luruskan lengan ke bawah dan perlahan-lahan angkat barbell ke arah bahu sehingga lengan menyentuh bicep. Berhenti seketika dan kembali ke kedudukan asal. Ulang


14. LEG CURL
Baring meniarap di atas bangku sambil kaki dipaut pada bahagian atas pemaut kaki. Bengkokkan kaki sehingga betis mencecah peha. Berhenti seketika dan kembali kek kedudukan asal. Ulang



15. LEG EXTENSION
Duduk dihujung bangku sambil kaki dipautkan pada bahagian bawah pemaut kaki. Angkat kaki sehingga lurus. Berhenti seketika dan kembali ke kedudukan asal. Ulang


16. CALF RAISE
Pegang barbell dengan kedudukan di bahagian bahu. Dongankkan kepala sedikitsambil bahagian belakang ditegakkan. Perlahan-lahan jengketkan kaki. Berhenti seketika dan kemudian kembali kepada kedudukan asal. Ulang 






17. SQUAT
Pegang barbell dalam keadaan di belakang bahu. Dongakkan kepala sedikit dalam keadaan belakang badan ditegakkan. Perlahan-lahan turun hingga anda dalam keadaan peha anda selari dengan lantai. Berhenti seketika dan kembali kepada kedudukan asal. Ulang



18. AB CRUNCH

Anda boleh letakkan bangku dalam keadaan lurus atau ke bawah untuk latihan ini. Duduk sambil kaki dipautkan ke bahagian bawah pemaut kaki.Letakkan lengan anda ke atas dada dan perlahan-lahan turunkan belakang badan anda ke bawah tanpa mencecah bahagian baringan. Berhenti seketika dan kembali ke kedudukan asal. Ulang


Meskipun terdapat pelbagai kebaikan senaman membina otot, adalah perlu untuk anda mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan sebarang latihan. Buatlah pemeriksaan doktor dan dapatkan nasihat untuk jenis latihan yang sesuai untuk anda. Artikel ini adalah sebagai panduan sahaja dan terdapat banyak lagi jenis latihan yang mungkin bersesuaian untuk anda.





Tuesday, April 30, 2013

          KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR BOLA BALING

  1. Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala.
  2. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
  3. Bahagian atas badan tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran.
  4. Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
  5. Semasa pemindahan berat badan, siku tangan membaling dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat.
  6. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola.  Jari telunjuk menghala ke sasaran pada akhir perlakuan.
  7. Tangan bebas dihalakan ke sasaran.
  8. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.  Semakin jauh jarak aling, semakin luas langkahan pertama.
  9. Ia akan membantu keeimbangan dan kawalan pemain.
  10. Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

Monday, April 29, 2013



Febuari 2013 BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray. "Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah," katanya. Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan...

Wednesday, April 24, 2013


UNTUK APA KITA BERSUKAN?

Bersukan untuk kesihatan. Bersukan untuk menjadi atlet negara. Atau bersukan untuk sekadar mengisi masa lapang untuk berjumpa rakan-rakan.

Apapun tujuan kita, matlamat dan visi yang pelbagai. Kita seharusnya kena bersukan, melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri supaya kita sentiasa cergas dan sihat.

Tapi kita harus beringat, sukan yang macam mana kita nak main. Bolasepak, futsal, badminton, lumba lari, jogging, tenis, ping-pong dan macam-macam sukan lain. Kita perlu memilih sukan yang bersesuaian dengan diri kita ni. Jangan main langgar jer... silap2 bukan jadi sihat, sakit lagi dapat.