KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR BOLA BALING
- Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala.
- Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
- Bahagian atas badan tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran.
- Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
- Semasa pemindahan berat badan, siku tangan membaling dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat.
- Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari telunjuk menghala ke sasaran pada akhir perlakuan.
- Tangan bebas dihalakan ke sasaran.
- Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit. Semakin jauh jarak aling, semakin luas langkahan pertama.
- Ia akan membantu keeimbangan dan kawalan pemain.
- Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.
No comments:
Post a Comment