Tuesday, April 30, 2013

          KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR BOLA BALING

  1. Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala.
  2. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
  3. Bahagian atas badan tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran.
  4. Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
  5. Semasa pemindahan berat badan, siku tangan membaling dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat.
  6. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola.  Jari telunjuk menghala ke sasaran pada akhir perlakuan.
  7. Tangan bebas dihalakan ke sasaran.
  8. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.  Semakin jauh jarak aling, semakin luas langkahan pertama.
  9. Ia akan membantu keeimbangan dan kawalan pemain.
  10. Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

Monday, April 29, 2013



Febuari 2013 BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray. "Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah," katanya. Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan...

Wednesday, April 24, 2013


UNTUK APA KITA BERSUKAN?

Bersukan untuk kesihatan. Bersukan untuk menjadi atlet negara. Atau bersukan untuk sekadar mengisi masa lapang untuk berjumpa rakan-rakan.

Apapun tujuan kita, matlamat dan visi yang pelbagai. Kita seharusnya kena bersukan, melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri supaya kita sentiasa cergas dan sihat.

Tapi kita harus beringat, sukan yang macam mana kita nak main. Bolasepak, futsal, badminton, lumba lari, jogging, tenis, ping-pong dan macam-macam sukan lain. Kita perlu memilih sukan yang bersesuaian dengan diri kita ni. Jangan main langgar jer... silap2 bukan jadi sihat, sakit lagi dapat.


Saturday, April 20, 2013

Permainan Tradisional


Permainan Tradisional


Definisi
  • Permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi masa senggang.
  • Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur kerana pada masa tersebut tiada media elektronik yang boleh menghiburkan mereka.
  • Terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting bulu ayam,  sepak raga, tarik upih, konda kondi

1.             Kegilaan terhadap permainan yang menggunakan teknologi moden menyebabkan permainan tradisional terus terpinggir.
2.             Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis.
3.             Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja.
4.             Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan  tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan.
5.             Warisan nenek moyang ini akan luyput ditelan zaman jika tiada usaha untuk menggemilangkan kembali tradisinya.
6.             Tiada lagi deraian ketawa jiran tetangga dan rakan taulan yang mengiringi setiap langkah permainan seperti gasing dan wau.
7.             Jangan kita biarkan nostalgia nenek moyang hanya tinggal dalam lipatan sejarah yang dikuburkan sendiri oleh cucu-cicitnya yang tidak tahu menghargai warisan bangsa.
8.             Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti ‘enaun dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan majala-majalah sahaja.
9.             Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang.
10.          Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu dipertahankan.
11.          Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya.
12.          Permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri dan merupakan warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa.
13.          Sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi mempertahankan permainan-permainan tradisional ini. Jika tidak permainan-permainan ini akan lenyap ditelan zaman.
14.          Kita tidak harus membiarkan sahaja warisan bangsa dibawa oleh angin lalu kerana sejarah yang berlaku banyak mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar. Justeru, hubungan yang renggang dapat dieratkan dengan adanya permainan tradisional seperti congkak, konda kondi, dan ketinting bulu ayam ini.
15.          Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi manusia robotik yang hanya tahu menggunakan mesin sahaja tetapi tandus dalam hubungan sosial dengan masyarakat.
16.          Kita perlu mewujudkan acuan sendiri dan tidak terikut-ikut dengan budaya hedonisme masyarakat barat.
17.          Kita tidak mahu menjejaskan ikatan kemesraan jika hanya tinggal di dalm mahligai indah tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar akibat terlalu asyik dengan permainan komputer.
18.          Kita tidak harus bersikap dingin terhadap warisan bangsa kita hingga meminggirkan khazanah yang amat berharga dan menjadi daya tarikan pelancong asing ke negara kita.
19.          Janganlah kita menjadikan asakan pengaruh video, televisyen, internet dan pawagam sebagai alasan untuk tidak mempopularkan permainan ini kepada golongan muda.
20.          Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional tidak patut sekali-kali dipinggirkan.
Mari uji diri IDEAL atau TIDAK




cm 
kg 
 
The Trefethen method is the alternative (unofficial) BMI calculation formula proposed by Nick Trefethen, Professor of Numerical Analysis at Oxford University's Mathematical Institute. Learn more.



BMI CLASSIFICATIONS (INTERNATIONAL)

Underweight female image

BMI OF LESS THAN 18.5KG/M2

A BMI of less than 18.5 indicates that you are underweight, so you may need to put on some weight. You are recommended to ask your Doctor or a dietician for advice.
Healthy weight female image

BMI OF 18.5 - 25KG/M2

A BMI of 18.5 - 25 indicates that you are at a healthy weight for your height. By maintaining a healthy weight, you lower your risk of developing serious health problems.
Slightly overweight female image

BMI OF 25 - 30KG/M2

A BMI of 25 - 30 indicates that you are slightly overweight. You may be advised to lose some weight for health reasons. You are recommended to talk to your Doctor or a dietician for advice.
Overweight female image

BMI OF OVER 30KG/M2

A BMI of over 30 indicates that you are heavily overweight. Your health may be at risk if you do not lose weight. You are recommended to talk to your Doctor or a dietician for advice.

APA ITU KECERGASAN


Apa itu kecergasan? 

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.
Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.

Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan kemahiran.

Apakah perbezaan komponen kecergasan?

Ketahanan sistem jantung (Kecergasan Aerobik)
  • Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
Komposisi badan
  • Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan: otot, tulang dan lemak.
Kekuatan otot
  • Ianya adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.
Ketahanan otot
  • Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).
Fleksibiliti
  • Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerakkan lingkungan penuh.
Enam komponen lain:

• Ketangkasan/ kelincahan
• Keseimbangan
• Kelajuan
• Masa reaksi
• Koordinasi
• Kepantasan/kecepatan

Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung dan komposisi badan.